Anda pernah makan kuih tepung gomak???? Biasa kita dengar muka putih gebu macam tepung gomak.. tapi tahu tak yang kuih tepung gomak ni saaaaaagat sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Saya sendiri pun biasanya makan jer yang dah siap. Mak mertua saya selalu buat kuih tepung gomak dan bagi saya kuih tepung gomak yang dibuat oleh beliau memang paling sedap dan legend. Menurut isteri saya mak mertua saya memang menjual kuih ni sejak tahun 60an lagi. Saya suka makan kuih ini jadi tidak salah kalau saya belajar membuat kuih ini juga kan.
![]() |
| Kuih Tepung Gomak |
Langkah 1: Menyediakan inti
Bahan-bahan untuk inti:
kelapa parut
Gula merah
Gula pasir
garam
esen pisang
Daun pandan
Cara membuat inti:
1. Gula merah dan gula pasir dicairkan diatas api dan ditapis.
2. Kelapa parut dimasukkan ke dalama kuali dan air gula yang telah ditapis tadi dimasukkan.
3. Masukkan secubit garam bagi menambah perisa dan jangan dilupa seikat daun pandan dan sedikit esen pisang bagi menambah keharuman inti.
4. Semua bahan digoreng di dalam kuali sehingga kering.
5. Inti yang siap dibiarkan sejuk seketika dan dibulat-bulatkan seperti gambar di bawah
![]() |
| Inti mesti sentiasa dikacau di dalam kuali supaya tidak hangit |
![]() |
| Inti yang telah siap dimasak dibiarkan sejuk seketika |
Langkah 2 : Menyediakan bahan untuk saduran luar
Bahan-bahan untuk saduran luar:
Kacang hijau yang telah dikopek kulit (boleh dibeli dikedai yang siap kopek kulit)
Cara-cara membuatnya:
1.Basuh Kacang hijau dan toskan
2.Goreng tanpa minyak di dalam kuali
3.Biarkan sejuk dan kisar sehingga menjadi halus seperti debu.
![]() |
| kacang hijau yang siap dikisar halus |
![]() |
| Tepung dibulat-bulatkan |
Langkah 3: Membuat kulit
Bahan-bahan untuk kulit:
Tepung pulut
air
Cara membuat kulit:
Tepung pulut dibancuh dengan air sehingga adunan menjadi lembut dan tidak melekat ditangan. Apabila siap tepung juga dibulat-bulatkan agar proses memasukkan inti berjalan dengan mudah.
Langkah 4: Memasukkan inti kedalam tepung
Inti yang dibulatkan tadi dimasukkan ke dalam tepung yang juga telah dibulatkan tadi. Buat sehingga habis semua adunan . Pastikan inti tidak terkeluar dari tepung kerana ia boleh menyebabkan kuih pecah semasa proses merebus nanti.
![]() |
| Masukkan inti ke dalam adunan tepung |
![]() |
| Bulatkan semula inti dan tepung |
Langkah 5 :Menyediakan Air Rebusan
Sediakan air rebusan di dalam periuk bersama beberapa helai daun pandan. Biarkan air mendidih
Langkah 6 : Merebus
Rebus tepung gomak yang telah siap dimasukkan inti tadi ke dalam air rebusan yang sedang mendidih. Tunggu sehingga ia timbul ke atas baru diangkat dan ditoskan . Selagi ia tidak timbul tidak boleh diangkat kerana belum masak
Langkah 7: Meletakkan saduran kacang hijau
Tepung gomak yang siap direbus tadi digolek-golekkan di dalam serbuk kacang hijau tadi sehingga rata dan dileperkan menggunakan tangan. Tepung gomak siap untuk dihidand dan dimakan.
![]() |
| Masukkan kedalam serbuk kacang hijau |
![]() |
| Golekkan tepung gomak di dalam serbuk kacang hijau sehingga rata |
![]() |
| Tepung gomak yang telah siap. |
SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATI TEPUNG GOMAK LEGEND
AWAS!!!! PANTANG LARANG SEMASA MAKAN TEPUNG GOMAK JANGAN BERCAKAP KALAU TIDAK HABIS BERGOMAK MUKA ORANG DI DEPAN ..HEHEHEHE...



















No comments:
Post a Comment