Tuesday, 14 June 2016

BUTTER PRAWN SIMPLE TAPI SEDAP


Assalamualaikum...



Saya nak kongsi dengan rakan-rakan langkah demi langkah cara-cara nak buat "Butter Prawn" simple tapi sedap . Kalau nak beli dan makan di restoran ni memang mahal. Jom buat sendiri dan makan puas-puas dirumah bersama keluarga tersayang. Gerenti puas hati dijamin kebersihan dan halalan toyyiban.



Butter Prawn Simple tapi sedap






       Bahan- Bahan:


       Udang segar

       Minyak masak
       Butter (saya guna buttercup)
       Kuning telur
       Bawang putih
       Cili padi
       Daun kari
       Garam
        Lada sulah





Udang diperap bersama garam dan lada sulah
Proses memerap udang
Langkah 1: 
Menyediakan udang

-Bersihkan udang
-Perap udang dengan  sedikit garam dan lada   sulah. 
-Biarkan seketika 






          Langkah 2: Membuat serdak telur

Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak

Kacau kuning telur hingga sebati

Apabila minyak dan butter sudah panas...masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana

Masukkan kuning telur perlahan-lahan sambil kacau minyak  supaya mendapat serdak yang betul-betul cantik . Kacau laju-laju tapi pastikan semuanya dalam kawalan.(Proses ini perlu menggunakan kedua-dua belah tangan)


Apabila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti ini. Serdak akan terapung jika sudah masak



Angkat dan toskan 



Langkah 3 : Menggoreng udang

Gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang
Udang digoreng separuh masak sahaja


                 angkat dan toskan



Langkah 4 : Membuat Kuah

Tumbuk cili padi dan bawang putih
Tumbuk lumat




Gunakan minyak tadi 


Tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari

Masukkan setengah cawan susu cair

Masukkan susu cair sambil mengacau susu dan rempah di dalam kuali .

Campuran rempah dan susu cair dimasak sampai mendidih

Udang yang telah digoreng separuh masak tadi dimasukkan kembali  kedalam kuali bersama kuah yang sedang mendidih. Garam dan serbuk perasa (saya guna "Cukup Rasa" ) dimasukkan dan diserasikan rasa..

Kacau di dalam kuali sehingga sebati

Siap untuk dihidang




Letak udang yang siap dimasak ke dalam pinggan dan taburkan serdak telur tadi dan hidangkan


Senang kan...Cuba dulu baru tahu. Sekali cuba pasti nak lagi..


JOM MAKAN!!!!









No comments:

Post a Comment