Mari kita teliti petua
atau tip-tip yang boleh di guna pakai di dapur...
Ada masalah di dapur...
jeng jeng jeng... Saya di sini akan membantu... mari cerita apa masalah nye...
1. Mahu rebus telur untuk nasi lemak... tapi telur kuning tu jadi warna kelabu kat luar nya... tak cantik... pastu telur kuning dok kat tepi...
Senang
je tu...macam ni...rebus air sampai menggelegak...masukkan telur dan kacau air
tu masa tengah masak...lepastu masak dalam 12 minit...pasti telur kuning nye
cantik dan dok berada kat tengah tu...try yea...
2. Saya hendak buat kek, tapi kek saya tu dah macam letusan gunung berapi... membukit nau...
Ini
pasti temperature dalam oven terlalu tinggi...kalau buat kek hanya guna 170c or
180c, teliti betul betul resepinya... mungkin juga baking powder atau tepung
sudah terlebih... itu yang membukit…
3. Habis!!! ... lauk ni dah terlebih masin... nak buat bagaimana ni?
Ermmmm
ni berangan x sudah dok kat dapur...tu yang tercurah selori garam...kalau macam
tu cuba masukkan sudu besi ke dalam lauk tersebut atau pun masukan ubi kentang
dimana keduanya boleh mengurangkan rasa masin lauk.
Kalau
nak menggunakan lidi sate dalam masakan seperti sate, kebab atau pun sejenis
dengan nya...dan hendak dibakar...kamu semua bolehlah merendam dulu lidi
tersebut di dalam air selama 30 minit untuk mengelakan lidi ni terbakar.
5.
Alamak
herbs and spices ni dah rosak... euwwwww...
Kalau
kite suka menggunakan herbs and spices dalam masakan, cara yang lebih bagus
untuk menyimpannya adalah didalam peti sejuk beku dalam bekas kedap udara. ini
kerana sekiranya kita simpan di dalam chiller, ianya akan mudah rosak dan
benyek. tapi kalau kite simpan dalam freezer/ peti sejuk beku... kita masih
boleh gunakannya lagi...
6. Tiada siapa kat umah ni.. nak mintak tolong bukakan botol... ketat sangat ni...!
Itu
senang saja, pakai glove getah untuk membuka botol. pasti botol akan senang
terbuka. ataupun kamu boleh ketuk sedikit dikeliling botol tersebut.
7. Menipu tidak baik... Saya pun tak menyuruh kamu menipu, tapi sekiranya kita meletak 2 titik pewarna kuning dalam air rebusan mee..ataupun spaghetti...haaaaa ia akan kelihatan seperti homemade noodles...tadaa!
10. Hendak masak spaghetti? Selalulah beringat bahawa 8 aun pasta kering...bila telah dimasak akan menjadi lebih kurang 4 cwn...so dah boleh bajet la masak pasta...tak la terlebih lebih pulak nanti...
11. Kamu kena tau...1 cawan dried beans macam kacang hijau, kacang merah, kacang dhal, kacang kuda yang kering tu...bila direbus akan menjadi 2 1/2 cawan…
12. Biasanya, di rumah kita suka rendam ayam , daging dan ikan dalam sinki untuk melembutkan bila baru kuar dari freezer, jangan buat macam tu...bahaya kerana bacteria akan membiak...kalau nak guna ayam dan lain2...pastikan keluar lebih awal dan dibiarkan dalam chiller... lebih selamat...
13. Sekiranya kita mengguna celery dan ada lebihan yang banyak... cara nak simpan yang lebih bagus adalah membalut celery dengan aluminium foil... ianya boleh tahan lebih kurang seminggu...
14. Ingat! kalau nak simpan taugeh...simpan dalam bekas tertutup yang mengandungi air...di dalam chiller…
15. Kalau kita terlupa hendak menyapu mentega pada loyang membakar kek... jangan risau… apabila kek telah masak letakkan loyang di atas kain basah beberapa minit, insyaallah kek atau produk yang dibakar mudah dikeluarkan.
16. Gunakan ice-cream scoop untuk meletakkan adunan muffin ke dalam acuan, ini akan memastikan saiz muffin semuanya sama.













































