1.Arahan dan manual cara penggunaan adalah sangat
penting sebelum menggunakan sesuatu peralatan tersebut.Fikirkan apakah perkara
yang perlu diambil kira sebelum menggunakan setiap jenis peralatan dapur?
Perkara
yang perlu diambil kira sebelum menggunakan peralatan-peralatan dapur adalah:
i. Bahaya
Memasak dan memproses makanan
dengan menggunakan peralatan yang moden mempunyai kapasiti luar biasa untuk
membakar, memotong, menghancurkan dan lain-lain. Peralatan ini akan menjadi
bahaya jika anda tidak mengikut atau mengabaikan keselamatan dan prosedur
operasi yang betul. Jangan menggunakan peralatan yang anda tidak tahu cara
penggunaannya. Anda juga mesti belajar untuk mengendalikan mesin atau peralatan
dengan betul dan tahu jika berlaku kerosakan pada mesin dan peralatan tersebut.
Jika hal ini berlaku, anda hendaklah menutup dengan segera dan melaporkan
kepada pegawai yang bertugas.
ii. Model Peralatan
Jangan anggap semua model
peralatan adalah sama walaupun mempunyai cara penggunaan yang sama. Setiap
pengeluar memperkenalkan sedikit variasi pada peralatan tersebut. Sebagai
contoh semua ketuhar beroperasi dengan prinsip asas perolakan tetapi di pasaran
terdapat banyak model ketuhar yang dapat di bezakan adalah dari segi butang
atau suiz yang terdapat pada setiap model ketuhar tersebut. Ini adalah penting
untuk membaca dan mengetahui manual operasi yang dibekalkan oleh setiap
pembekal.
iii. Pembersihan
Pembersihan tetap yang
menyeluruh bagi semua jenis peralatan adalah penting. Kebanyakan peralatan yang
besar bahagiannya boleh dibuka atau ditanggalkan untuk proses pembersihan. Ini
bergantung kepada setiap model dan manual operasi yang di bekalkan. Jika tiada
manual, anda boleh mendapatkan maklumat kepada seseorang yang pakar tentang
peraltan tersebut. Apabila dalam membeli peralatan, penting untuk anda periksa
peralatan tersebut telah diuji dan disahkan oleh agensi yang diiktiraf untuk
mengesahkan seperti SIRIM.
iv. Penjimatan Tenaga
Mengetahui masa pra pemanasan untuk semua
peralatan memasak supaya anda tidak perlu untuk menghidupkannya sebelum
digunakan. Gunakan jangka masa(timing) dan alat matikan suis automatik pada
barangan elektrik apabila diperlukan. Sebagai contoh panaskan semula oven hanya
ketika hendak digunakan. Jangan biarkan oven dlm keadaan standby sepanjang hari.
2. Silakan
nyatakan faktor – faktor yang mempengaruhi pengiraan kos.
a. Belian atau Kos Bahan bermaksud
nilai sebenar bahan yang digunakan untuk sesuatu pengeluaran
i. Kos
Bahan = Harga Bahan + Belanja Belian
b. Kos overhead ialah
segala perbelanjaan untuk mengendalikan atau menguruskan perniagaan seperti
sewa, bahan api, penyelenggaraan.
c. Kos buruh langsung merupakan
bayaran pekerja yang terlibat secara langsung dalam sesuatu pengeluaran.
d.
Kos prima ialah
kos buruh langsung + kos bahan
i. Kos
Prima = Kos Buruh Langsung + Kos Bahan
e. Mark-up adalah
peratus tambah harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang disediakan untuk
mendapat keuntungan.
f. Harga jualan ialah harga yang dibayar oleh
pelanggan untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan (harga mark-up
+ kos prima)
g. Untung
kasar merupakan keuntungan yang belum ditolak dengan kos mengurus
(overhead cost).
i. Untung
Kasar = Harga Jualan – Kos Prima
h. Untung
bersih apabila untung kasar ditolak dengan kos overhead
i. Untung
Bersih = Untung Kasar – Kos Overhead
No comments:
Post a Comment